Tuesday, September 7, 2010

First Love Project

"First Love" merupakan satu harapan dimana ianya bertujuan untuk membawa anak-anak Tuhan lebih sensitifkan keadaan dunia yang semakin tenat. Harapan saya agar blog ini merupakan satu permulaan langkah kita untuk membuka fikiran kita akan sekeliling yang berlaku saat ini di dalam dunia dimana CINTA PERTAMA iaitu YESUS KRISTUS  ,pengenalan terhadapNya sudah semakin pudar dan malah makin banyak anak-anak muda yang terjatuh dalam dosa. Dan harapan saya agar kita semua dapat mengamalkan prinsip "Keterbukaan adalah awal pemulihan" bagi tujuan menguatkan dan menjadikan generasi kita pada zaman ini agar semua orang akan diselamatkan dengan Kasih Kristus.....

Projek ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kita sebagai anak-anak Tuhan melalui pengalaman kita. Projek ini saya berharap semua orang dapat mendorong, membentuk, menegur dan mengongsikan pengalaman yang mereka hadapi di dalam kehidupan mereka. Kerana saya tahu setiap perkara yang membantu kita Tuhan yang membuka jalan dan membawa kita kembali kepada terangNya yang Mulia.

Dan saya pasti semua orang di dunia ini menghadapi situasi yang sama dalam hidup. Doronglah dan Bantulah saudara-saudari kita yang lain dengan kesaksian hidup kita.amen! Beritakanlah dan bawakanlah kabar baik tentang Yesus Kristus ke seluruh dunia.

Misi: Membentuk jiwa yang baru kepada Tuhan melalui kesaksian dan pengongsian iman kita untuk membawa anak-anak Tuhan kepada Kasih yang Pertama (Yesus Kristus)

Visi: Menghasilkan penyembah-penyembah yang benar di dalam keperibadian hidup tentang Kasih Tuhan

Kehidupan kita ini penuh dengan masalah dan cobaan oleh iblis yang membelenggu kita. Sama-samalah kita memulakan kehidupan yang baru dan tinggalkanlah yang lama, kita mulakan satu yang hebat untuk Tuhan sebab Dia layak untuk disembah. Jika kalian mempunyai kesaksian hidup kongsikanlah dalam blog ini k...makin banyak kesaksian,makin banyak jiwa-jiwa yang diselamatkan...amen.Tuhan memberkati...

1 comment: