Wednesday, September 8, 2010

Sebelum & Selepas siapa saya.....Semasa....

Post true story about her life by Agnes Simon Ngau

Syukur kerna segala sesuatu yang begitu indah yang telah Dia berikan dalam hidup saya...Nafas & hidup yang baru...kerna Dia siapa saya saat ini...Apa yang saya alami sebelum & selepas saya mengenali Tuhan Yesus dalam hidup saya..setiap perubahan saya hingga ke pelayanan saya saat ini..Sharing saya untuk semua:

Ini kesaksian saya tiada kaitan dengan siapa-siapa mahupun mana-mana pihak ya. Minta maaf kalau ada salah dan silap perkataan atau sharing saya disini tetapi ini lah apa yang saya alami.Ini yang saya ingin kongsikan.

Sebelum:
Saya seorang yang tidak begitu mengenal siapa itu Tuhan tetapi saya percaya Dia ada...saya memang mempunyai keinginan & kerinduaan untuk aktif & menyertai aktiviti di church bersama2 dengan kawan2 yang lain tetapi oleh kerna family problem jadi saya mengalah dengan keadaan saya saat itu...saya memahami juga kesibukan keluarga saya..saat ini merupakan saat yang sangat teruk buat saya...perbuatan saya, perlakuan saya, percakapan saya, segalanya lah...saya juga seorang yang sosial...kerna pergaulan saya..saya mengikut rentak siapa kawan saya juga..terlalu explore dengan duniawi...hingga saya jatuh & melakukan banyak sekali dosa & perlanggaran di mata Bapa Syurgawi...sampai satu tahap saya bergaduh dengan keluarga saya kerna boyfriend saya...saya rasa inilah paling teruk diri saya, saya rasa..kesombongan saya..keegoan saya..saya sentiasa merasa saya sendirian, tiada yang mengerti saya & rapat dengan saya..kerna saya percaya dengan kekuatan saya sendiri...saya mampu menahan segalanya...tetapi saat begitu juga saya terkadang berdoa & bercakap dengan Tuhan untuk meluahkan apa yang saya alami..saya menangis...kerna saat itu saya percaya hanya Dia yang setia mendengar & memahami saya walaupun saya tidak melihat Dia..tetapi saya sentiasa merasakn Dia bersama saya saat saya dukacita&sukacita...Hingga satu saat Tuhan menghadirkan saya beberapa kawan yang mendorong & memimpin saya & mulai rapat dengan saya walaupun terkadang saya masih merasakn jarak & kekosongan antara kami,,,Dan semasa saya mengikuti PLKN,,lagu yang menyentuh hati saya saat itu "Bapa yang kekal"...tetapi kekerasan hati saya masih belum terbuka lagi...masih dengan duniawi saya saat itu...

Selepas:
Pada tahun 2008, disini lah perubahan saya mulai...dalam perbuatan saya, perkataan saya mulai berubah...pergaulan saya...Panggilan Tuhan buat kami sekawan,,,bukan kehendak kami juga.tetapi rencanaTuhan telah menetapkan kami di Kuching (Poly)..saat saya menjejak kaki saya di Kuching & mengenali IPCF,,setiap saat setiap detik membawa perubahan kepada saya...Tuhan sungguh luar biasa..perkerjaan Dia dalam kehidupan kita dsaat kita mencari, mengetuk Dia pasti akan membuka jalan buat kita(Lukas 11:9-10)...Kerinduaan & kehausan kita akan Dia...Pada mulanya juga saya masih belum terbuka sepenuhnya,,,kedegilan saya...terutamanya dalam mengikuti kem IPCF sem1,,saya tidak mengikuti walaupun kawan2 saya bersungguh2 membawa saya,,tetapi saya masih dengan alasan saya sibuk dengan study & masih merasakan sesuatu tembok yang menghalang saya untuk pergi..Tapi Puji Tuhan,,,saya sentiasa diperbaharui & dipulihkan..haleluyah...Semester 2 saya terbuka untuk mengikuti Kem IPCF & mulai aktif & giat dalam aktiviti & Ajk sehingga lah pelayanan saya yang sekarang..Juga lagu ini mulai terasa di hati saya.."mengenalmu-GMB"..Tuhan kita sungguh indah,,sungguh luar biasa,,sehingga Dia menghadirkan keluarga buat saya di Kuching...Keluarga Kristus...saya betul2 dibentuk, diubah, selama saya disini,,saya rasa family saya juga perasan perubahan saya bila saya balik sebelum ini..Thanks Lord..Tetapi saya masih & sentiasa haus & rindu akan hadirat & jamahanTuhan,,saya masih merasakan saya belum sepenuhnya mengenali Dia...

Semasa:
Saya sentiasa tertegur dengan sekeliling saya,,,satu saat saya memikirkan kehidupan saya...kerna terkadang saya sentiasa memikirkan untuk melakukan sesuatu kebaikan untuk Tuhan dalam hidup saya atas apa yang telah Dia berikan kepada saya..Agar saya dapat mempraktikkannya dalam seharian saya,,,tetapi perbuatan saya tiada...itu yang mengecewakan saya sendiri..mana keberanian saya untuk melakukannya...?"Iman tanpa perbuatan adalah sia2"..maksudnya mana keimanan saya,,?Terutamanya dengan orang yang terdekat dengan saya..saya juga harus melakukan sesuatu untuk itu bukan..?Sebab bila masanya tiba, kita diadili, Tuhan akan menanyakan kita persoalan begini..knp Saya harus membenarkan kamu masuk ke Syurga?Apa yang telah kamu lakukan untuk Saya?Berapa jiwa yang telah kamu selamatkan untuk Kerajaan Syurga?Dan sebagainya.

Puji Tuhan, i can feel a big changes deep inside me right now..Something ON FIRE!!!!Melalui kem, melalui persekutuaan, sekeliling saya, segalanya yang Tuhan sudah rencanakan untuk saya, membentuk saya, memperbaiki diri saya untuk sentiasa move untuk level yang lebih tinggi lagi.Walaupun ada saatnya, saya terumbang-ambing juga nie, biasa la juga kan iblis memang tidak suka lihat kita senang. Tapi dari situ juga saya banyak mempelajari dan tertegur. Terutamanya beberapa hari ini, keadaan saya memang tidak berapa stabil juga tapi orang lain mungkin tidak nampak tapi Tuhan tahu kan, amen? Tapi itu teguran yang saya dapat, itu yang harus saya lalui,itu janji saya juga dengan Tuhan dan Tuhan claim itu dengan saya. Dia mahu saya focus dalam pelayanan & utamakan Dia dari segalanya. "Tetapi carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepada-mu."- Matius 6:33.Lewat apapun percobaan yang akan datang saya percaya saya pasti dapat menempuhinya kerna Tuhan ada dengan saya, kerna disaat kita mengambil langkah untuk mengikuti Tuhan, begitu juga kita harus memikul salibNya setiap hari" Lukas 9:23".Haleluyah~

Marilah bangkit bersama di dalam Kasih Tuhan kita bersatu dan bertumbuh ke arah Dia adalah Kepala(Efesus 4:15). Berkati lah orang sekeliling kita dengan berkat yang kita dapat.Agar kasih Bapa yang ada pada kita menjadi cahaya, garam & terang kepada mereka yang lain.Tetapi sebelum itu, " Tetapi kita, yang adalah orang-orang siang, baiklah kita sadar, berbajuzirahkan iman dan kasih, dan berketopongkan pengharapan keselamatan"-1Tesalonika 5:8.


Pegangan Firman harian saya,
- Filipi 4:4 "Bersukacitalah senantiasa"
-Pengkotbah 3:11 "Segala sesuatu indah pada waktuNya"
-Filipi 4:13 "Segala perkara dapat kutanggung di dalam Dia yang memberikan kekuatan"
-Matius 6:33-Carilah Kerajaan Syurga maka semua akan ditambah kepadamu
-Lukas 11:28-Yang berbahagia ialah mereka yang mendengarkan Firman & memeliharaNya.

<span> </span>       <span> </span>+ FIRMAN+ 
<span> </span>+DOA+
<span> </span>+PUASA+

* Will be updated.. Jesus Christ Bless You.

My Dark Tragedy True Story Life in 2008 (Kita Berharga Di Mata Tuhan)

About my story...
Nama saya Rhemedy Anthony Antong.
dari gereja SIB Praise Valley....umur saya masuk tahun 2010 ini ialah 20 tahun.
KISAH SAYA INI TENTANG KEJADIAN SAYA HAMPIR MATI SEBAB INGIN MEMBUNUH DIRI KERANA CINTA


Ingatlah bahawa "KETERBUKAAN ADALAH AWAL PEMULIHAN"
Share to each other yah....

Saya nak berikan mengenai kesaksian hidupku di masa mudaku yang belum matang mengenal Tuhan Yesus. Di saat aku masih mentah pada zaman sekolahku, aku jujur aku "playboy" pada masa itu. Aku masa di sekolah seringkali mempermainkan wanita, tapi disaat ditinggalkan oleh wanita, aku pasti kesal kerana aku dah mulai merasa betapa "syoknya" cinta di dalam hidup masa muda ini. Apabila dah bersekolah pada waktu pagi, tiba-tiba begitu jiwang diriku menyelami hati perempuan dan di saat itu aku dah benar-benar menyintai wanita dihidupku tapi disaat wanita itu mempermainkan diriku, aku mula sedih dan dah berjanji di dalam hidupku tak nak bercinta lagi. Dan aku berjanji jika ada seorang wanita yang menyintai aku pada masa hadapan, aku akan menyintai dia sepenuh hatiku dan setia pada dirinya.


Tapi disaat aku habis sekolah, aku mula menyintai seorang wanita. setiap kali aku tak tahu jantungku berdegup setiapkali melihat dirinya. Aku jadi bingung dan tertanya-tanya..."adakah dia yang akan menjadi milikku kerana diriku dah mulai merasa satu cinta yang baru"...Aku hari demi hari mendorong wanita itu...Di Saat bersama si dia, betapa pentingnya dia di dalam hidupku. Disaat itu aku dah tak sedar aku mulai lupakan Tuhan dan menjauhi dari DIA yang selama ini telah membawa jalanku ke arah terangnya. Aku semakin rapat dengan wanita itu dan mulailah kami lupakan kekudusan di dalam setiap kami tapi yang jujurnya aku tak melakukan perkara terkutuk itu. Masa itu, aku memikirkan perkara yang bukan terkutuk itu juga merupakan perkara yang salah dan besar dosanya. Aku masa itu masih mentah dan begitu "tak tahu" dengan cinta itu. Aku terlalu menyintai wanita itu dan setiap masa asyik-asyik mengingati wanita itu. Di saat aku lakukan kesalahan dan terus diriku terasa sangat bersalah dan asyik dan asyik menyalahkan diri kepada Tuhan. Kerana aku merupakan antara utama di dalam gereja.

Apabila saya dah sedar saya telah bersalah pada Tuhan. Terlintas fikiranku tak nak hidup lagi. Aku begitu seksa memikirkan kesalahanku dan asyik memikirkan untuk terus bunuh diri. Apabila ada pisau di depan mataku, aku benar-benar hampir mencederakan diriku. Sikit lagi nak melukai jantungku kerana masa itu aku menghala mata pisau itu pada arah jantungku. Dan akhir sekali aku terus menjadi seksa dan gila. Tak nak hidup dalam fikiranku. Aku fikirkan cara membunuh yang diam-diam. Aku mula mengambil pil-pil (ubat-ubatan). Semuanya ubat-ubat yang bercampur seperti Ubat batuk, ubat demam, ubat allergic dan sebagainya...Aku mula menelan ubat-ubat itu sekaligus tanpa sedar apa akibatnya nanti sebab aku fikir ianya akan sekedar membuatkan diriku pening-pening saja. Tapi di saat aku mula merasa badanku seperti di-siang ataupun dimasak...terasa panas dalam badan...tak dapat menahannya...kepala mulai pening-pening tapi yang ini luar biasa membuatkan diri saya terasa dunia ini bergerak perlahan...Aku tak dapat mencapai kakiku, tak dapat merasa tanganku...begitu lemah...adik-adikku takut meninggalkanku sebab mereka tak tahu nak menyelamatkan apa pada abang mereka yang telah perbuat bodoh itu. Akhirnya, Tuhan menghantar pak cik aku menyelamatkan diriku dengan menyuruh diriku minum banyak air untuk membuang semua ubat-ubat di dalam badanku. Selepas itu, aku mulai menangis...aku selama ini memburuk-burukkan pak cik kerana tabiatnya yang suka merokok dan hidup yang tak menentu itu. Tapi Tuhan gunakan diri dia juga yang selamatkan aku.

Akhirnya, ibubapa dan nenek saudaraku datang kemudian kerana pada masa itu mereka ada kelompok doa tapi aku yang tak pergi sebab aku stres pada masa itu memikirkan hidupku yang bersalah pada masa itu. Saya lihat diriku didukung oleh ayahku membawaku ke dalam kereta dan mak aku pula cuba mengangkat aku membawaku ke hospital. Aku menangis dan fikirkan hidupku tak berguna dah...

Setelah aku sampai di hospital, aku melihat rakan-rakan se-agape denganku kasihan melihat. Dan saya rasa begitu bersalah kepada mereka kerana telah memalukan mereka semua kerana diriku juga kuat dalam pelayanan gereja pada masa itu. Sebegitu juga keluargaku dan saudara-saudaraku....lebih-lebih lagi memalukan nama Tuhan....Aku telah diselamatkan dan semua ubat-ubat dalam badanku telah keluar....Aku mulai merasa baik-baik aja...

Saya menangis tanpa terhenti-henti...tapi pastor-pastor dan member-memberku mulai mendorong diriku "hidup ini manusia memang tak dapat lari dari dosa tapi manusia dapat mengelak dosa itu tejadi..."Aku diajar dan dikaunseling agar aku bangkit semula....Aku sedar selama ini aku telah menyusahkan ibubapaku yang telah membayar wang untuk diriku sembuh...aku menangis....

Wahai...kawan-kawan terkasih....walaupun besar mana dosa kamu itu tapi Tuhan tidak melihat kelemahan yang ada pada diri kamu tetapi DIA melihat kekuatan yang ada pada kamu...Gunakanlah sebaiknya kehidupan kalian semua...jangan pernah tunduk kepada dosa-dosa yang telah kalian lakukan kerana semua ini Iblis yang lakukan agar kalian jatuh...pergunakanlah waktu yang ada selagi kalian hidup di dunia ini....jadilah terang dunia dan selamatkan seberapa jiwa-jiwa yang ada di dunia ini...kerana satu jiwa begitu berharga bagi Tuhan...Ajar mereka dan dorong mereka....kalian sejak dari awal telah ditulis jalan ceritanya oleh Tuhan tapi semuanya adalah jalan menuju kehidupan yang kekal dan abadi bersama DIA di Syurga...saya dah pernah jatuh, kalian jangan sekali mencoba lakukan dosa yang besar...elakkan semua itu di dalam nama Tuhan Yesus...Bunuh diri bukan jalan penyelesaian...ingat! masih ada Yesus di dalam hidupmu yang telah pun menyintai kamu sejak kamu belum lahir...Cinta Tuhan tak pernah berkesudahan...DIA selalu bersama kita...DIA yang akan membawa kita kepada kebenaran dan kehidupan yang kekal....

Jesus is the way, the truth and the life....amen!
Tuhan akan selalu berada di hati kita semua....jadikan DIA yang terutama...
Haleluyah!!!


Sehingga ke hari ini aku harus memikirkan jalan benar yang telah Tuhan berikan padaku....mungkin selama ni hati saya tak pernah terbuka bagi DIA.....sekarang banyak perkara yang aku pelajari dari Tuhan mengenai Arti Cinta sejati....Thanx God for Your Love...

Dan sehingga tahun ini,aku sekarang dipakai Tuhan dengan caraNya...Di gereja saya berkomitmen dalam pelayanan terutamanya dalam Backup Singer sehingga kini saya ada satu impian....membawa nyanyian yang hebat sampai ke Stadium membawa puji-pujian yang hebat untuk Tuhan! lagu baru! konsert besar-besaran!!! untuk menyanjung nama Yesus Kristus yang berkuasa! Pakailah talenta (bakat) yang ada pada kalian ok....Haleluyah! amen....

Tuesday, September 7, 2010

First Love Project

"First Love" merupakan satu harapan dimana ianya bertujuan untuk membawa anak-anak Tuhan lebih sensitifkan keadaan dunia yang semakin tenat. Harapan saya agar blog ini merupakan satu permulaan langkah kita untuk membuka fikiran kita akan sekeliling yang berlaku saat ini di dalam dunia dimana CINTA PERTAMA iaitu YESUS KRISTUS  ,pengenalan terhadapNya sudah semakin pudar dan malah makin banyak anak-anak muda yang terjatuh dalam dosa. Dan harapan saya agar kita semua dapat mengamalkan prinsip "Keterbukaan adalah awal pemulihan" bagi tujuan menguatkan dan menjadikan generasi kita pada zaman ini agar semua orang akan diselamatkan dengan Kasih Kristus.....

Projek ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kita sebagai anak-anak Tuhan melalui pengalaman kita. Projek ini saya berharap semua orang dapat mendorong, membentuk, menegur dan mengongsikan pengalaman yang mereka hadapi di dalam kehidupan mereka. Kerana saya tahu setiap perkara yang membantu kita Tuhan yang membuka jalan dan membawa kita kembali kepada terangNya yang Mulia.

Dan saya pasti semua orang di dunia ini menghadapi situasi yang sama dalam hidup. Doronglah dan Bantulah saudara-saudari kita yang lain dengan kesaksian hidup kita.amen! Beritakanlah dan bawakanlah kabar baik tentang Yesus Kristus ke seluruh dunia.

Misi: Membentuk jiwa yang baru kepada Tuhan melalui kesaksian dan pengongsian iman kita untuk membawa anak-anak Tuhan kepada Kasih yang Pertama (Yesus Kristus)

Visi: Menghasilkan penyembah-penyembah yang benar di dalam keperibadian hidup tentang Kasih Tuhan

Kehidupan kita ini penuh dengan masalah dan cobaan oleh iblis yang membelenggu kita. Sama-samalah kita memulakan kehidupan yang baru dan tinggalkanlah yang lama, kita mulakan satu yang hebat untuk Tuhan sebab Dia layak untuk disembah. Jika kalian mempunyai kesaksian hidup kongsikanlah dalam blog ini k...makin banyak kesaksian,makin banyak jiwa-jiwa yang diselamatkan...amen.Tuhan memberkati...